Akses TikTok Dilaporkan Bakal Dihalang Di Amerika

Amerika Syarikat dikatakan sedang mempertimbang untuk mengharamkan Tiktok, menurut sebuah laporan di portal Fox News.

Negara Uncle Sam itu beranggapan data aplikasi hiburan dari China tersebut berkemungkinan boleh diakses oleh Kerajaan China.

Perkara terbabit menggusarkan pihak Amerika akan kebarangkalian data peribadi rakyatnya dimanipulasi atau digunakan oleh pihak China bagi tujuan tertentu.

Sebelum ini, India secara rasmi telah mengumumkan pengharaman akses kepada sejumlah pengguna aplikasi tersebut di negaranya.

Perkara ini jika benar berlaku akan memberi tentangan hebat kepada pihak Tiktok untuk memperluaskan pengaruhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami