Nearby Share Melepasi Ujian Percubaan, Kini Boleh Diakses Secara Meluas

Selepas mula diuji pada minggu lepas, akhirnya Nearby Share mula diedar secara meluas.

Perkongsian fail yang mirip pada Android tersebut dilihat bakal memberi saingan sengit kepada Apple Airdrop.

Ciri terbaharu yang dilancarkan Google tersebut kini boleh diakses di semua peranti Google Pixel.

Nearby Share dilihat mula muncul dan boleh digunakan di Google Play Service.

Pun begitu, ciri terkini daripada Google tersebut hanya terhad kepada Pixel yang menggunakan Android 6.0 ke atas sahaja setakat ini.

Sehingga kini Google masih belum memaklumkan bilakah ia akan diedarkan ke semua pengguna Android.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami