Prestasi Android 10 Cemerlang Melepasi Android 9, 100 Juta Penggunaan Dalam Masa 5 Bulan

Melalui perkongsian terkini Google, Android 10 dilihat merupakan penggunaan Android terpantas berbanding Android lain sebelum ini.

Dalam perkongsian itu, graf penggunaan Android 10 yang dipamerkan dilihat mencanak naik melebihi 28% daripada Android 9.

Kenaikan tersebut sejajar dengan penggunaan 100 juta peranti hanya dalam masa lima bulan.

Prestasi Android 9 sebelum ini dilihat sebagai Android terbaik dengan penggunaan 31.3% selepas Project Treble diperkenal pada Android Pie.

Selain itu menurut sebuah laporan, Android juga mempunyai kerjasama dengan Apple dalam menghasilkan API Pemberitahuan Pendedahan yang berjaya menarik penggunaan 2 billion peranti dalam masa 4 minggu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami