KFC Zero Chicken, adakah ia HALAL?

KFC Malaysia memutuskan untuk memperkenalkan KFC Zero Chicken Burger yang berasaskan tumbuhan dan tanpa daging yang padat tapi kekal dengan 11 herba dan rempah rahsia Colonel Sanders.

Berkolaborasi dengan jenama pengganti daging Quorn, KFC Zero Chicken Burger* menggunakan patty halal tanpa daging yang merupakan sumber protein alternatif berkualiti tinggi yang kaya protein, kaya serat, rendah lemak tepu, dan tiada kolesterol,

KFC Zero Chicken Burger padat dengan kepuasan Original Recipe 100% dalam setiap gigitan. Patty tanpa daging disalut sepenuhnya dengan adunan 11 herba dan rempah rahsia KFC dan digoreng sempurna sehingga perang keemasan, kemudian dilimpahi sos Spicy BBQ dan mayonis, kepingan keju yang disusun bersama salad cincang segar, lalu diapit dengan kepingan ban bijan lazat.

Walaupun produk ini khusus buat peminat KFC untuk menikmati burger lazat KFC tetapi tanpa ayam, namun ia bukanlah produk vegan atau vegetarian kerana ianya disediakan segar menggunakan peralatan memasak yang sama dengan produk KFC lain.

Boleh didapati secara rasminya bermula esok untuk waktu terhad dan sementara stok masih ada di seluruh restoran KFC di Malaysia. Nikmatinya A la carte atau dengan Kombo Crispier Fries dan minuman, bermula RM12.99 sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami