Ulasan Sony WH-1000XM4: Fon telinga paling menyesal yang anda patut beli?

KebaikanKelemahan
Fungsi noise cancelling yang hebatHarga
Kualiti bunyi yang neutralKawalan sentuh yang kurang berkesan
Sokongan multi-point Bluetooth Kurang selesa berbanding WH-1000XM3
Bluetooth 5.0; SBC, AAC, sokongan LDACKawalan butang boleh ubah yang terhad

Sejak Sony berjaya merangkul takhta raja fon kepala yang terbaik dengan model terdahulu iaitu WH-1000XM3 berbanding Bose, kami sangat ternanti apa yang bakal dikeluarkan yang seterusnya oleh Sony. Setelah dua tahun, harinya telah tiba dengan kemunculan model WH-1000XM4 and ini masanya untuk kita lihat kehebatannya. Sony telah menaik taraf fungsi pembatalan bunyi atau noise cancelation akan tetapi fon kepala baharu ini mempunyai kesan-kesan tertentu daripada penaiktarafan tersebut. Mari kita nilai adakah fon kepala ini berbaloi atau sebaliknya menerusi ulasan Sony WH-1000XM4.

Siapakah yang patut beli Sony WH-1000XM4 ini?

  • Semua. Ya anda semua! pasti akan gembira dengan Sony WH-1000XM4. Mungkin ini jawapan malas akan tetapi jika anda seorang yang berkemampuan maka apa yang ditawarkan dengan fon kepala pelbagai guna ini sangat disarankan.
  • Peminat-peminat fungsi pembatalan bunyi sangat kenal dengan Sony WH-1000XM3 dan kehebatannya. Justeru, mereka pasti sangat menghargai penambahbaikan yang ada pada WH-1000XM4 yang telah meningkatkan teknologi pembatalan bunyi Sony.
  • Perantau (traveller) atau mereka yang sentiasa bergerak jauh sangat memerlukan kekuasaan hayat bateri yang dimiliki WH-1000XM4. Bukan sahaja bateri malah kualiti bunyi dan fungsi pembatalan bunyi yang sememangnya terbaik.

Apa rasanya apabila menggunakan Sony WH-1000XM4 ini?

Jangan nilai dari luaran, mungkin fon kepala Sony WH-1000XM4 ini kelihatan seperti model yang sebelum ini. Apa yang penting ialah dalamannya iaitu penyambungan Bluetooth multi-point. Dengan fungsi baharu ini, anda boleh menyambung dua alat pada satu masa, pada kadar produktiviti yang optimum.

Anda boleh menggunakannya  daripada mendengar “podcast” di komputer riba sehingga ke mendengar “playlist” di fon; dan pengggunaannya secara ulang alik tanpa sebarang masalah. Fungsi multi-point ini tidak dimiliki pada model WH-1000XM3, jadi ini ialah satu penambahbaikan yang besar tetapi ada satu halangan – kedua-dua alatan mestilah menggunakan “AAC Bluetooth codec”.

Selain daripada halangan AAC, beberapa fungsi fon kepala ini yang hanya boleh diakses melalui aplikasi “Sony Headphones Connect”. Salah satu fungsi tersebut ialah “Speak-to-Chat”, sebuah fungsi yang menghentikan seketika lagu bila anda sedang bercakap. Fungsi ini boleh berjalan dengan baik tetapi mikrofon dalamannya sangat sensitif. Tahap sensitiviti mikrofon ini menyebabkan penyalahkesanan bunyi-bunyi latar belakang yang menyerupai suara pemakai dan fon kepala ini akan menjedakan lagu yang sedang dimainkan walaupun pengguna masih ingin terus mendengar. Dalam tempoh cubaan menggunakan model ini, pengguna mendapati fungsi kurang menyenangkan dan dia telah menyahaktifkan fungsi tersebut dalam aplikasi fonnya.

Lagu secara automatiknya dihentikan bila fon kepala ini ditanggalkan.

Satu fungsi yang lebih berguna iaitu auto-pause yang diaktifkan bila anda menanggalkan fon kepala ini. Satu sensor kecil yang terletak di dalam cawan telinga kiri boleh mengesan bila anda menanggalkan fon kepala ini dan akan memberhentikan lagu yang dimainkan serta-merta. Walaupun ia bukan satu pembaharuan fungsi yang hebat, tetapi ini suatu yang anda harapkan daripada sebuah fon kepala berkelas tinggi.

Cawan atau cup telinga pada Sony WH-1000XM4 adalah lebih tebal yang menunjukkan tekupan yang baik walaupun ketika fungsi pembatalan bunyi dimatikan. Walau bagaimanapun, mungkin Sony telah mengeluarkan “padding” dari bahagian atas fon kepala ini kerana pengguna dapat merasakan sedikit tekanan di bahagian atas kepalanya dan ini sesuatu yang tidak rasai bila memakai WH-1000XM3.

Kawalan sentuh boleh ditambah baik

Tampaknya Sony tidak terlalu mengubah fungsi kawalan sentuhnya dalam model ini, kedua-dua cawan telinga masih lagi sensitif pada ketukan dan sentuhan. Akan tetapi fungsi ketukan dua kali yang dimiliki model ini kurang sempurna. Kebiasaannya ia berfungsi tetapi tidak setiap masa dan seakan menunjukkan bahawa adalah lebih cepat untuk anda menghentikan dengan hanya menanggalkan fon kepala setiap masa.

Jika anda meletakkan tangan pada cawan telinga kiri anda akan mengaktifkan mod bunyi ambien yang menurunkan tahap bunyi pada telinga supaya anda boleh mendengar bunyi di persekitaran anda. Mungkin ini berguna jika anda ingin mendengar pengumuman dalam kenderaan awam tetapi kegunaan fungsi ini kurang efektif di dalam sebuah rumah yang sunyi.

Kuatkah penyambungan WH-1000XM4?

Seperti mana-mana fon kepala berkelas tinggi, Sony WH-1000XM4 dilengkapi dengan Bluetooth 5.0. Tambahan pula, ia menyokong SBC, AAC dan “codec” LDAC milik Sony. LDAC menawarkan kualiti penstriman yang terbaik walaupun ia kurang stabil berbanding pilihan-pilihan sedia ada yang lain. Jika alat anda tidak menyokong pilihan maju, ia akan kembali ke SBC sebagai “base” universal. Ataupun anda boleh menggunakan cara lama dengan kabel 3.5mm AUX yang diberikan sekali. Sebelum membeli fon kepala ini, pengguna diingatkan bahawa penyambungan multi-point hanya berfungsi melalui AAC jadi WH-1000XM4 mungkin tidak berbaloi sebagai pembelian; bergantung kepada “setup” yang anda gunakan.

Pengguna tidak mempunyai sebarang masalah dengan penyambungan di dalam sebuah apartmen saiz sederhana biarpun menggunakan mana-mana alatan yang dimiliki. Apabila disambung pada komputer riba pengguna, pengguna boleh berjalan kaki secara bebas sambil menggunakan WH-1000XM4. Kesan yang sama juga boleh didapati dengan penyambungan dengan fon seperti Pixel 3 dan boleh diletakkan di mana-mana poket pakaian pengguna.

Bagaimanakah bunyi mikrofon pada WH-1000XM4?

Untuk versi-versi yang sebelumnya Sony telah memiliki mikrofon yang bagus, jadi anda akan berpuas hati kerana WH-1000XM4 juga mempunyai sesuatu yang lebih kurang sama. Penapis “high-pass” sesuatu yang biasa pada mikrofon dalaman pada sebuah fon kepala dan ini digunakan sebagai satu cara untuk melawan efek “proximity” yang menguatkan nota “bass” dan menyebabkan suara menjadi “boomy” apabila kedudukan pembesar suara terlalu dekat dengan mikrofon. Sesuatu yang agak jelas tetapi tidaklah terlalu menjejaskan panggilan fon anda.

Adakah aplikasi “Headphones Connect” ini berbaloi untuk digunakan?

Untuk menggunakan sepenuhnya potensi WH-1000XM4, aplikasi “Headphones Connect” mesti diaktifkan. Tidak seperti sesetengah fon pintar yang lain, Sony menyediakan aplikasinya untuk sistem operasi. Jadi anda boleh menggunakan fon kepala sebaik sahaja dikeluarkan dari kotak tetapi mungkin tidak menggunakan kesemua fungsi yang ada. Untuk pengguna baharu, anda kana memerlukan aplikasi untuk memilih butang-butang seperti menogol fungsi pembatalan bunyi atau mengaktifkan “pembantu” pintar anda. Walaupun dengan pengaktifan aplikasi ini, anda hanya boleh memilih samada menggunakan “Google Assistant” atau “Amazon Alexa”.

Pengoptimum fungsi pembatalan bunyi dan bunyi 360 darjah ialah ciri-ciri eksklusif aplikasi. Fungsi pembatalan bunyi berjalan dengan baik bila digunakan terus tetapi untuk menukar atau menambah baik tetapan anda, aplikasi ini perlu digunakan. Anda juga memerlukan aplikasi ini jika ingin menukar intensiti ambien bila ia diaktifkan.

Walaupun ciri-ciri dalaman aplikasi kelihatan biasa, fungsi “Sony 360 Reality Audio” ialah perkara yang memberikan alasan untuk anda memuat turun aplikasi ini. Daripada anda menikmati bunyi asas kanan dan kiri seperti dikeluar oleh bunyi stereo, “Sony 360 Reality Audio” boleh merangka setiap saluran dan menyerupai bunyi sesuatu objek. Teknologi ini membolehkan pendengar untuk lebih memahami sesuatu seperti satu objek yang bergerak mengelilingi mereka, berbanding bunyi lalu dari cawan telinga kanan atau kiri. Ini hanya boleh berfungsi dengan baik melalui platform berkualiti tinggi seperti Deezer dan Tidal, tetapi ia tetap berbaloi untuk melanggan sesuatu yang baharu.

Bagaimana dengan jangka hayat bateri?

Mengikut Sony, mereka mengatakan fon kepala baharu ini akan menandingi model WH-1000XM3 pada kadar mainan 30 jam tetapi setelah beberapa ujian dijalankan dakwaan boleh dipersoalkan semula. Ujian yang dijalan ialah fon kepala ini digunakan pada kadar 75db secara konstan dengan fungsi pembatalan bunyi diaktifkan sehingga bateri berkurang ke 0% dan masa yang tercatat hanyalah 19 jam dan 59 minit. Walau tidak seperti yang dikhabarkan, bacaan ujian yang menghampiri 20 jam ialah sesuatu yang baik. Bacaan adalah lebih dari cukup untuk kebanyakan pengguna walaupun kurang jika dibandingkan dengan ujian 24 jam pada model yang sebelumnya.

Sony WH-1000XM4 menggunakan USB-C untuk pengecasan dan dengan hanya 10 minit mengecas kadar penggunaannya ialah 5 jam. Jika anda seorang yang biasa melewatkan masa untuk mengecas, kadar penggunaan 5 jama adalah lebih daripada cukup untuk perjalanan yang jauh.

Bagaimana dengan kualiti bunyi?

Secara mudahnya, lebih baik dari sebelum ini. Fungsi penerimaan frekuensi telah ditukar sedikit daripada model sebelumnya dan nota bass kurang diutamakan; dengan efektif telah membuat model ini memahami nota yang “pitch” nya lebih tinggi. Mungkin anda akan kurang meminatinya sebagai peminat nota bass tetapi kepada pendengar-pendengar biasa mereka akan berpuas hati kerana bunyinya yang versatil. Pada mereka yang mempunyai pilihan muzik yang pelbagai akan dapat merasa bunyi yang sepatutnya didengari dan juga kejelasan bunyi yang mantap. Sony juga fokus pada butiran seperti mids dan lirik, jadi gorengan gitar dan ketukan simbal tidak akan menganggu prestasi lirik. Jika anda masih memerlukan bass, anda boleh menetapkan semula EQ melalui aplikasi yang disediakan.

Apakah alternatif selain Sony WH-1000XM4?

Sony WH-1000XM4 memang terbaik tetapi ia bukan untuk semua. Ada beberapa pilihan lain yang dalam lingkungan harga yang sama dan kebanyakan model-model lain ini juga menjadi pilihan utama untuk Bluetooth. Anda mungkin membeli model lain yang lebih murah atau cuba memiliki Sony WH-1000XM3.

Patutkah anda memiliki Sony WH-1000XM4?

Jika anda mahukan yang terbaik, model Sony WH-1000XM4 ini semestinya perlu ada dalam senarai. Jika model sebelum ini menjadi kegemaran anda, maka pembaharuan dalam model terhangat baharu adalah lebih baik. Fungsi multi-point Bluetooth adalah keistimewaan yang paling jelas tetapi penambahbaikan yang lain juga melonjakkan tahap kehebatan WH-1000XM4 berbanding pilihan lain.

Mungkin setelah memiliki WH-1000XM3 anda rasa tidak berbaloi untuk menaiktaraf penggunaan anda. Tetapi jika anda ingin melabur untuk sebuah fon kepala yang berkelas tinggi maka mula dari atas dengan memiliki model ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami