Nak beli kereta? Lupakan niat itu

Dalam dunia yang masih dicengkam wabak COVID-19, pengangkutan persendirian masih menjadi mod mobiliti yang paling selamat. Namun, dengan kehidupan ramai rakyat yang terjejas, membeli sebuah kereta sama ada baharu atau terpakai mungkin bukan satu pilihan yang bijak.

Bagi memenuhi keperluan serta alternatif kepadapemilikan kenderaan yang lebih mampu milik dan praktikal, GoCar bekerjasama dengan Flexi Parking dan Smart Selangor Parking untuk mengumumkan pengembangan perjalanan satu hala dari Petaling Jaya dan Subang Jaya ke kebanyakan lokasi di Selangor (kecuali kawasan di Kuala Langat dan Kuala Selangor).

Sebagai tambahan, GoCar kini menawarkan perjalanan pergi balik dalam tempoh lebih lama ke atas beberapa model terpilih dengan kadar serendah RM55 sehari.

Liputan perjalanan satu hala lebih luas, bayaran mengikut minit

Dengan pengembangan liputan ke hampir seluruh negeri Selangor dari Petaling Jaya, Subang Jaya dan kini ditambah ke Shah Alam, Sepang, Ampang Jaya, Kajang, Selayang dan Klang, lebih ramai pengguna boleh menikmati manfaat perjalanan satu hala GoCar yang merangkumi:

  • Bayar apa yang anda guna. Dengan kadar serendah RM0.17 seminit, perjalanan satu hala lebih ideal untuk pemanduan jarak dekat seperti pergi ke supermarket. Untuk membuatkan harga semakin mampu milik, GoCar telah menetapkan harga siling harian untuk penggunaan lebih 10 jam sehari. Bagi memberi lebih perlindungan, kadar itu juga termasuk pakej Collision Damage Waiver Lite jika berlaku perkara yang tidak diingini.
  • Tiada halangan. Pengguna tidak perlu membuat sebarang tempahan awal dan tiada had perbatuan. Pelanggan hanya perlu mengaktifkan aplikasi GoCar untuk mencari kenderaan terdekat dan mereka boleh memandunya selama yang diperlukan.
  • Letak kereta GoCar di mana-mana sahaja. Tempahan perjalanan satu hala membolehkan pengguna mengambil kenderaan dari lokasi GoCar yang diingini dan memulangkannya di tempat lain pilihan mereka.
  • Parkir percuma. Hasil kerjasama strategik GoCar dengan Smart Selangor Parking dan Flexi Parking, pelanggan kini boleh parkir di mana-mana kotak parkir di tepi jalan secara percuma, sama ada ketika mereka menggunakan kereta tersebut atau selepas memulangkannya. 

Lebih penjimatan dengan perjalanan pergi balik jangka masa panjang

Untuk lebih berjimat dan bajet, pelanggan kini boleh membuat tempahan perjalanan dua hala bagi tempoh lebih lama iaitu 3 hari dan ke atas menerusi aplikasi mudah alih GoCar. 

Ditawarkan untuk Nissan Almera, Renault Captur, Nissan Serena dan Nissan Teana, lebih lama anda tempah, lebih banyak anda jimat. Semua harga itu merangkumi perbatuan tanpa had.

Sebagai contoh, tempahan tiga hingga enam hari untuk sebuah Nissan Almera cuma RM68 sehari. Manakala tempahan untuk 30 hari dan ke atas hanya RM55 sehari. Kadar harga mengikut jam atau tempahan selama satu hingga dua hari adalah ditetapkan atau dikira secara dinamik.  

Berikut adalah harga untuk model-model terlibat:

Kadar tempahan / hari3 – 6 hari7 – 13 hari14 – 29 hari30 hari & ke atas
Nissan AlmeraRM68RM66RM62RM55
Renault CapturRM114RM106RM92RM75
Nissan SerenaRM262RM252RM242RM215
Nissan TeanaRM262RM252RM242RM215

*Untuk tempahan kurang 3 hari, kadar bergantung kepada harga dinamik

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami