Reviu Omega Swatch Yang Kacak

Inspirasi Angkasa Dalam MoonSwatch

MoonSwatch, hasil kerjasama dua pengeluar jam tangan terkemuka sedang hangat diperkatakan oleh peminat jam di serata dunia. Hasil kerjasama Omega dan Swatch ini telah membuahkan 11 model terbaru yang diinspirasikan daripada sistem solar.

Jika diperhatikan, setiap model tersebut menggunakan warna yang mewakili setiap planet dalam sistem solar. Warna kuning mengilhamkan imej matahari manakala kelabu gelap pula Utarid, merah jambu untuk Zuhrah, hijau untuk Bumi dan kelabu terang pula bulan. Merah pastilah untuk Marikh, kuning gelap untuk Musytari, taupe untuk Zuhal dan biru terang untuk Uranus. Terdapat juga warna biru untuk Neptun dan kelabu untuk Pluto.

Tidak menggunakan rekaan dial kecil (sub-dial) 3-6-9 biasa, rekaan muka jam kronograf ini memaparkan gerakan saat di posisi pukul 6 manakala perekod minit pada posisi pukul 10 dan gerakan 1/10 per saat diletakkan pada posisi pukul 2. Rekaan bersama Swatch x Omega ini menggunapakai gerakan kronograf yang biasa tampil pada model kronograf Swatch yang lain.

Penutup belakang Omega x Swatch Speedmaster “Mission To Pluto” menunjukkan penutup bateri berimej planet Pluto. Model MoonSwatch yang lain memaparkan planet berkaitan, bintang atau satelit. Terdapat banyak teks diukir pada penutup ini. Ada petunjuk mengatakan jam ini kalis air tanpa memperincikan tahapnya. Yang diketahui, ia hanyalah bertahap 3 bar (atau 30 meter). Turut dimasukkan adalah logo ETA, yang menandakan pengeluar pergerakan empat permata (jewel).

Omega x Swatch Speedmaster “Mission To Pluto” menggunakan tali jam velcro hitam. Logo “Speedmaster” turut ditambah pada tali jam selain “MoonSwatch” dan “Mission To Pluto”. Tali jam velcro pada 10 model yang lain membawa nama misi tersendiri. Ini termasuklah model untuk Uranus. MoonSwatch “Mission To Venus” dengan baluh bioceramik merah jambu didatangkan bersama tali jam yang lebih pendek untuk lengan yang lebih kecil selain tali jam bersaiz biasa.

Bateri belakang berbentuk planet termasuk warnanya.

Persoalan penting, adakah berbaloi membeli jam ini? Jawapannya ya disebabkan dua perkara yang saya gemar. Pertamanya, ia adalah model Omega paling murah memandangkan harga jam tersebut (meskipun ia kolaborasi) pada nilai pasaran adalah RM25,000 dan ke atas.

Keduanya, Swatch ini mempunyai rekaan yang sangat unik, ringan dan mempunyai nilai pada masa depan. Bermakna, jika anda membelinya pada harga RM1,065, besar kemungkinan nilainya tidak turun tapi bertambah.

bahagian tepi dengan tiga butang
Paling menarik, strap dengan tulisan Moonswatch
Model Jupiter (dan juga planet-planet lain) berharga RM1,065.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami