Radzi Jidin tidak pernah sebut tapi MalaysiaNow dakwa Radzi sebut rasuah ketika PC


Dalam satu laporan berita laman portal MalaysiaNow (https://www.malaysianow.com/my/news/2023/09/19/hari-hitam-parlimen-malaysia-kata-radzi-selepas-dituduh-pm), terdapat kenyataan yang dikatakan dikeluarkan Ahli Parlimen Putrajaya, Radzi Jidin yang dikatakan menyelar Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana membayangkan beliau terlibat dengan rasuah ketika menggulung perbahasan di Dewan Rakyat, semalam.
Namun, laporan berita video laman berita FMT (https://www.youtube.com/watch?v=cHreyCqjAyc) menunjukkan Ahli Parlimen Putrajaya tersebut tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian yang menuduh PM mengaitkan Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional tersebut dengan kes rasuah.


Radzi hanya menyebut permintaannya kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk meminta PM menarik balik tuduhan terhadap beliau tanpa menyatakan tuduhan tersebut spesifik kepada perlakuan rasuah.
Sepanjang video tersebut, tiada perkataan rasuah dikeluarkan YB Putrajaya tersebut.
Radzi hanya menyebut ia sebagai satu hari hitam untuk Parlimen Malaysia.
Semalam, Ahli Parlimen Putrajaya itu diarah keluar Dewan oleh Johari selepas mengganggu sesi penggulungan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi Kementerian Kewangan.
Johari membuat petua tersebut selepas Radzi enggan mendengar arahan supaya duduk dan memberi peluang Anwar Ibrahim meneruskan sesi penggulungannya tanpa diganggu.
Arahan tersebut bagaimanapun menyebabkan beberapa Ahli Parlimen PN bangun menyatakan ketidakpuas hati dengan keputusan terbabit dan bertindak keluar dari Dewan Rakyat.